^_^

big family

big family

Saturday 13 August 2011

cerpen "SINDROM" aQ buat sendri, 100% penulisan n idea aQ.. sO,kOmen2 lh yup.. ;)


                sinDRom
Apa sahaja orang tua ni, pagi-pagi lagi dah jadi sindrom. Kalau suara sedap tu tak apalah juga, ini macam bunyi petir, dah tu 24 jam nak bertempik macam orang sindrom. Orang tahu lah awak tu ketua tapi jangan lah nak tunjuk sangat kuasa tu...
“Apa yang tercengat lagi kat situ? Ni, folia awak ni, dah berapa kali saya suruh betulkan, asyik buat salah yang sama. Awak nak belajar ke, nak main-main? Kalau awak tak mahu buat, ada berpuluh lagi yang boleh buat lebih baik dari awak ni tau!” tengking lelaki di hadapanya.
Terkejut aku! Orang tua ni kalau dapat bertempik macam apa..hie! Hari-hari bad mood macam orang datang bulan pula. Takkan dia datang bulan kot?
 “Maaf Shah, saya betulkan ya... saya janji tak buat salah lagi!” Tertunduk-tunduk Siti memohon maaf, sambil tangannya menyambut huluran folia dari lelaki itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja di tempiknya lelaki itu semula, tapi apakan daya dia memang di lahirkan sebagai seorang yang tak seberapa berani.
          *             *            *            *             *             
“Ni lagi satu, selalu sangat datang lewat ni kenapa?! Apa, dah tak ada jam ke dekat rumah tu untuk awak menepati masa untuk pergi ke kuliah ni..ha?! hie, awak memang selalu menyusahkan saya, yang kena hambur dengan pensyarah bukan awak.. saya jugak yang kena menanggung bebannya! Siti atau lebih di kenali oleh rakan-rakan sekelasnya sebagai adik itu hanya diam membatu. Kecut hatinya saat itu, hanya tuhan sahaja yang tahu.
Boleh dikatakan setiap hari lelaki itu begitu terhadapnya, bertembik macan orang sindrom memarahi sesuatu yang tidak kena

 baginya. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan Siti, gadis itu sendiri sesekali tidak mengerti apa silapnya. Walhal kalau dengan orang lain, bukan main baik lagi layanannya..tambah pula dengan si Ida, teman sekelas merangkap sahabat baiknya itu. Sebab itu jugalah dia tidak berani pandai-pandai memburuk-burukkan rakan sekelasnya itu.
        *               *              *               *               *
Sudah hampir enam bulan Siti belajar di situ. Dia mesra dengan semua orang termasuk Lan, sahabat tempat dia mengadu susah senangnya, Ika dan Man, rakan sekelas yang tidak banyak bunyi dalam sesuatu perkara, Nazri dan Akim, dua sahabat yang membuatkan kelas itu tidak kering gusi di buatnya. Tapi dengan ketua seorang ni dia tidak berapa mesra, cakapnya tak pernah lembut, senyum pula jarang di lemparkan pada Siti, sehingga gadis itu tercari-cari kesalahannya setiap hari. Kadang-kadang dia rasa takut nak datang kuliah, takut ada saja kesalahan yang akan dilakukannya sehingga menyebabkan Shah sintrom itu mengamuk setiap hari. Dia lebih suka bekerja dengan Lan, seorang yang lemah lembut dan sentiasa tersenyum kepadanya, tapi lelaki itu jarang-jarang di beri tugasan bersamanya.. kerana pensyarah-pensyarah di situ tidak begitu senang dengan kemesraan mereka berdua.
Kalau tidak kerana Ad, sudah lama Siti berhenti dari Kolej itu. Kerana teman lelakinya yang tersayang itu jugalah, Siti memasuki Kolej ini. Di mana lagi dia hendak belajar dengan hanya meminati pekerjaan dari belajar dan tidak mahu keluar dari kawasan Melaka.
Ad, buah hati kesayangannya. Meraka sudah bercinta hampir dua tahun. Perkenalan mereka berdua bermula  bila Ad dan Siti berkenalan sewaktu teman lelakinya itu Pratikal di Seremban. Ad
 seorang yang pemalu dan pendiam, sebab itu segalanya di mulakan oleh Siti. Semenjak itu mereka bersatu hati...Ad, I love you so much!
             *            *             *                *               *
Adik, kenapa kau lambat hari ni? Pagi-pagi lagi Shah cari kau, aku rasa ada yang tak kena dengan folio yang kau hantar semalam,” kata-kata yang keluar dari mulut Ida membuatkan hatinya kecut. Siti yang baru meletakkan begnya di dalam laci, menggaru kepala yang tidak gatal.
Adus! Apa lagi salah aku yang sindrom tu nampak? Takkan pasal folio tu? Aku dah check betul-betul semalam, memang tak ada yang salah, malah perkataannya juga sudah diperiksa satu persatu. Kalau ikutkan nak marah pasal aku lambat pun tak boleh juga, sebab kuliah bermula 9.00 pagi, tapi aku datang 8.55 pagi walaupun selalunya 8.45 aku dah terpacak kat Cafetearia. Hari ni Cuma terlewat datang, sebab aku terlebih rajin menolong rakan serumahku mengemas rumah dulu.
Dengan hati gundah gulana, Siti gagahkan diri menghampiri tempat duduk budak sintrom itu. Setelah mendengar suara garau menyuruhnya duduk, sepantas kilat Siti sudah duduk di hadapan sintrom. Ampunkan patik Tuanku, patik pacal yang hina datang mengadap!  Ada apa-apa kegusaran yang boleh patik bantu Tuanku? Ingin sekali Siti meluahkan kata-kata isi hatinya itu tadi terhadap lelaki dihadapannya itu.
“Apa yang awak menungkan lagi tu?!” jerkah Shah membuatkan Siti tersentak bagai hendak luruh jantungnya menerima jerkahan itu. Dah tu dengan muka seposen, tak handsome lansung, handsome lagi Ad, buah hati aku! Kerana Ad jugalah aku nak belajar di sini kalau tidak jangan harap..
“Err! Ampunkan patik Tuanku, patik pacal yang hina datang mengadap! Ada apa-apa kegusaran yang boleh patik bantu Tuanku?” tiba-tiba sahaja ayat yang difikirkannya itu keluar dari bibirnya, lancar siap dengan tertib menghadap Sultan. Shah menahan tawa melihat gelagat rakan sekelasnya yang  sama baya denganya itu.
Ooo..terima kasih! “Apa yang awak katakan itu benar-benar membuatkan saya gembira..Maka dengan itu. Nah, ini surat perlantikan jawatan awak sebagai pembantu peribadi saya atau lebih di kenali sebagai PA (Persenal Assistent). Lepas ni buat kerla elok-elok, jangan asyik nak berangan menghadap Sultan,” Siti berlalu di meja Shah dengan tersenyum simpul menahan malu..dengan berhadapan ramai students yang berada di cafetearia. 
           *           *               *              *                *            
Hari sabtu, adalah hari untuk mengendurkan segala urat saraf otak yang terlalu tegang semasa hari belajar. Mana tidaknya menghadap muka cuka sintrom tu sepanjang minggu cukup membuatkan otaknya letih. Dan semalam dia mengadu tentang segala-segalanya kepada Ad, buah hati pengarang jantung Siti. Ad hanya meminta ia bersabar. Hampir dua minggu mereka tidak berjumpa. Hari itu, Siti akan melampiaskan kerinduan itu semahu-mahunya. Bertemu dengan Ad cukup membuatkan dia rasa bahagia.
“ Siti! Saya dapat tawaran kerja luar negeri dan saya rasa hari ini adalah hari terakhir kita berjumpa sebelum saya ke sana,” kata-kata Ad benar-benar membuatkan petang itu sepi seketika buat Siti, tambahan pula setiap kali dia bersuara senyuman manisnya pasti terukir di bibir. “ Berapa lama” tanyanya, dia seakan terkejut dengan keputusan itu. Tapi, macam biasa masih seperti Ad yang dikenalinya pendiam dan penuh rahsia. Selama ini setiap kali mereka bertemu, Siti yang paling banyak bercakap, memandangkan Ad seorang yang pendiam dan pemalu untuk bersuara.
“Walau selama manapun, saya tetap ingatkan awak! Saya mintak maaf terpaksa tinggalkan awak. Saya sayangkan awak, terlalu sayang. Tapi saya terpaksa tinggalkan awak Siti” ucapnya berkali-kali membuatkan Siti rasa bersalah. Dia percaya Ad tidak akan memungkiri janjinya.
“Apa lah awak ni, cakap macam tu? Awak kan nak pergi bekerja, pergi jelah! Jangan risau pasal saya, saya akan simpan awak dalam hati saya, saya akan tunggu awak walaupun beribu tahun lagi awak akan balik. Ad, saya pun sayang awak, tapi cita-cita awak lagi penting untuk masa depan kita!” saat itu Siti menggengam erat jari jemari Ad. Kehangatan jemari sasa lelaki itu meresap dalam sanubarinya. Walaupun hatinya seakan tidak merelakan pemergian Ad. Dua tahun mereka bercinta tanpa melanggar landasan agama sudah cukup membuatkan Siti yakin Ad akan kembali kepadanya. Kerana cintanya kepada Ad terlalu dalam.
Petang itu mereka menghabiskan masa bersama. Ad membawanya kembali ke tempat-tempat kenangan pahit manis mereka berdua, tempat mereka melepaskan rindu setelah beberapa minggu tidak bertemu. Tempat pertemuan mereka yang pertama dan mereka makan restoran pertama pertemuan mereka.
Segalanya membuatkan Siti gembira walaupun petang itu juga, Kelakuan Ad berubah, selalunya Siti yang selalu bercakap tapi hari ini, Ad macam orang baru dapat mulut, ada sahaja yang nak diceritakannya. Siti senang dengan berubahan itu. Mungkin kerana mereka akan berpisah lama maka Ad ingin mengembirakan Siti.
“Saya seronok keluar dengan awak hari ni! Terima kasih Siti, sebab bagi saya peluang untuk mencintai diri awak!” ucap Ad. Jemari runcing Siti dikucupnya. Siti tergelak, selama ini Ad tidak pernah melakukan semua itu. Malu Ad melihat kekasih pujaan hatinya, ketawa melihat perlakuannya sebentar tadi. Yang dia sendiri tidak merancang situasi itu. Belum sempat Siti berkata-kata, Ad lebih pantas membuka mulut untuk berbicara. “Siti, saya akan bawa awak dalam hati saya sampai mati!” kata-kata itu cukup membuatkan Siti terharu. Sebelum ini begitu payah mulut Ad untuk mengucapkan kata rindu dan sayang terhadapnya seperti hari ini. Siti, merenung sedalam-dalamnya anak mata kekasih kesayangan Ad. Yang pastinya bila Ad telah pergi nanti, Siti akan dicengkam penangan rindu. Pertemuan mereka di akhiri dengan kata-kata cinta Ad yang membuatkan hati Siti bagaikan tidak merelakan pemergiannya. Saya sayang awak, Ad! Bisik hatinya sambil membalas lambaian lelaki itu.
        *                   *                    *                    *                 *
          Sudah sebulan Ad meninggalkan Siti. Selama itu juga Ad tidak pernah menghubunginya. Malah e-mail yang dihantarnya tidak berbalas. Namun Siti faham tentang itu, dia redha. Hatinya kuat mengatakan Ad tidak menduakannya. Mungkin kekasihnya itu sedang bertungkus lumus bekerja. Entah, mengapa dia sendiri hairan, kenapa hatinya bagaikan merelakan tanpa ada rasa curiga walaupun dia teramat sayangkan lelaki itu.
          “Oit! Berangankan siapa itu? Ooo... ni mesti rindukan cik abang yang jauh di rantaun ni. Tak pun teringatkan Shah sindrom !” usik Ika bila di lihatnya Siti termenung merenung kuntum bunga Kristal yang di hadiahkan Ad sewaktu dia memasuki Kolej ini. “Dia lansung tak contact Siti. Dia kata nak bagi surat... tapi,takde pun!” balasnya tanpa sedar, tapi matanya masih tertacap pada bunga Kristal itu.
          “Alah, biasalah orang bekerja, nanti adalah dia hantar surat tu. Dahlah, tak payah nak pening-peningkan kepala. Lagipun, minggu ni kau boleh enjoy, pasal Shah sintrom kau tu cuti emergency seminggu!” sampuk Ida pula.
          “Hah! Emergency leave seminggu? Itu emergency ke buat-buat emergency. Kalau cuti emergency takkan  apply awal-awal?”
“Dia tak apply awal-awal, pagi tadi dia call Ida, dia bagi tahu dia kena cuti seminggu ada hal keluarga!” balas Ida. Siti cuma mengangguk mendengar kata-kata Ida. Baguslah kalau macam tu, taklah jiwa raga aku ni di sesak dengar tembikan hilang akal dia tu. Hal keluarga? Selama aku enam bulan kat sini aku belajar kat sini tak pernah aku tahu dia ada keluarga, belajar macam nak hidup beribu tahun je, siang malam buat assignment je, siang malam ada je kerjanya. Ah! lantak dialah, bukan masalah aku. Yang menjadi masalah aku Ad.. kenapalah awak tak contact saya, wak? Awak tak rindu ke kat saya?
                   *                 *                 *                 *                 *
Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun. Sudah hampir empat tahun, Siti juga telah masuk sem terakhir di Kolej itu. Masih tidak berubah, Ad tetap tidak menghubungi Siti. Malah segala mesej dan surat-suratnya juga tidak berbalas. Semakin hari, semakin terseksa jiwa Siti menanggungnya. Menangis terkedu-kedu di hadapan sahabat baiknya Ika membuatkan dia berasa sedikit lega.
Esoknya, mood Siti agak tertekan, segala teguran oleh pensyarah mahapun rakan-rakannya membuatkan dia melenting. Tidak pernah dia bersikap begitu, segalanya berubah kerana terlalu memikirkan Ad insan yang paling dia sayangi. Berubahan itu, membuatkan semua tertanya-tanya, sehinggalah Ika menceritakan apa yang sedang berlaku terhadap rakan baiknya itu kepada rakan-rakan yang lain.
Sesuatu yang tidak diduga, hari yang paling bermakna dalam hidupnya berubah menjadi kelam setelah kegembiraan melihat nama kekasih hatinya tertera di telefon bimbit berubah setelah menjawab panggilan telefon dari Ad itu. Suara perempuan dan anak kecil sedang merengek membuatkan hatinya terasa lain. Cuba mengubah prasangka buruknya, dia terus bertanya khabar dan bertubi-tubi dengan soalan lain seolah-olah baru sahaja Siti mendapat mulut. Ad tidak banyak bercakap, hanya sekadar meluahkan hasratnya untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Siti dan teruskan mematikan panggilan itu.
                   *                 *                 *                 *                 *
          Segalanya perlu berubah, Siti telah mengetahui perkara sebenar, Orang yang amat dia sayangi itu rupa-rupanya telah berkahwin malah telahpun mempunyai dua orang anak lelaki. Beribu kali Ad memberitahu yang dia amat mencintai Siti. Siti hanya mampu meluahkan apa dia rasai saat itu dengan air mata yang tidak putus-putus membasahi pipinya. Pemergian Ad yang dulu,bukanlah semata-mata untuk bekerja. Tapi, hasilnya dia menikahi seorang wanita pilihan keluarganya tanpa diketahui Siti.
          Redha! Itulah yang Siti lalui saat ini. Cuba mengubah nasibnya yang malang itu, dia tidak lagi memikirkan tentang bekas kekasihnya itu lagi. Sibuk metelaah buku bacaan bagi semester akhirnya lebih bermakna pada saat ini. Tangis dan tawanya hanya pada Tuhan dia berserah.
                   *                 *                 *                 *                 *
          Kerjayaan yang tidak pernah disangka-sangka, mendapat segulung diploma dengan pointer keseluruhan 3.85 amat membanggakan keluarga dan sahabat andainya. Tanpa bekas kekasih yang tidak dapat mengubah hatinya ketika dulu sudah berakhir. Tidak lagi mahu memikirkan tentang cinta, Siti telah mula focus untuk mengubah nasib dirinya dan keluarga dengan bekerja di sebuah syarikat swasta yang terkenal di Ibu Kota Kuala Lumpur.
          Di Ibu Kota, lebih banyak perubahan yang berlaku kepada Siti. Tidak lagi seperti budak kampung, berpakaian kemas  menarik dan menjaga penampilan wajah dan tubuh badannya. Dia semakin hari semakin cantik, malah dipandang tinggi dan di minati ramai jejaka. Sayangnya hatinya masih belum terbuka untuk sesiapa mengetuk pintu hatinya pada saat ini.
          Bekerja satu syarikat bersama budak sindrom atau Shah membuatkan dia bertambah selesa berada di situ. Mengimbas kembali saat-saat ketika dia kecundang dulu, Shah lah antara orang yang memberi semangat dan dorongan untuk berjaya dalam pelajaran ketika di Kolej dulu.
          *                 *                 *                 *                 *
          Hubungan Shah dan Siti semakin rapat, segala urusan kerja mereka amat membanggakan Pengurus syarikat. Bermulalah kisah khabar angin yang mengatakan mereka sedang dilamun cinta sesama kawan sepejabat. Shah semakin hari semakin risau tentang keselamatan Siti, seolah-olah Siti adalah nyawanya, manakala Siti mengangap Shah adalah orang penting di saat beliau di dalam kegembiraan mahupun kesulitan, Shah lah orang pertama akan tahu tentang selok belok hidupnya.
          Tidak mampu menyorokkan perasaan masing-masing, seperti lelaki lain. Shah lah yang memulakan terlebih dahulu, beliau membawa Siti berjumpa dengan ahli keluarganaya, Alhamdulillah! Ahli keluarga Shah amat selesa mengenali Siti, begitu jugalah yang Siti rasai.
          Saling memerlukan, akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertunang. Enam bulan bertunang, akhirnya termenterilah cinta mereka dengan sekali lafaz sah menjadi pasangan suami isteri. Bahagianya hidup mereka, tidak sampai dua tahun bergelar suami isteri. Mereka telah dikurniakan cahaya mata kembar lelaki.
          Saat ini, mereka sibuk mengimbas kembali kenangan-kenangan mereka yang ketika dulu tidak bersefahaman berubah kepada kehidupan yang harmoni. ^_^
                                      *                 TAMAT              *
direka khas
ct_rOslinda (",)

2 comments:

  1. Mantap,Sedih,menarik..Ending yg di nanti2kn..tahniah atas usaha anda :) Congratz

    ReplyDelete
  2. pergh! hebat2..
    ade part yg rase tersentuh!

    unexpected story coz ingatkan Ad tu ade penyakit n mati, tp kawin lain rupenye..~

    sbg teguran, perbaiki ejaan bahasa anda.
    tahniah! =)
    pasni wat cerpen lain pulak..

    ReplyDelete