BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu
hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda
Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat
pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa
kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,
"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!
Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka
Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa
menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah
S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan
para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah
S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak
dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang
hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah
yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang.
Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada
seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya
tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain
kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular
itu.
Apabila mereka cuba untuk
membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah
melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau
datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan
zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar
nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN ,
FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KARENA SESUNGGUHNYA ILMU YANG
BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN. DAN SESUNGGUHNYA YANG MENGAMALKANNYA
ITU TIDAK AKAN PERNAH KEKURANGAN ILMU.
No comments:
Post a Comment