7 Perkara Ganjil
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah
untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada
Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri
kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat
tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang
sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
Yang pertama, aku
lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun
membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
tanya pemuda itu.
Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu
hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu
lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa
mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika
aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi
****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah
tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan
meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang
pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang
lain,"
Pemuda itu
menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada
waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya
pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar
pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah
golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku
lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan
manusia yang derhaka kepada kedua
ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t.sama sekali tidak redha
kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula
mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belitseluruh tubuhnya dan keluar
segala isi dari tubuh badannya," sambungpemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim.Semasa hidupnya
mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, bahawa sesiapa yang
tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan
yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering
kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat
tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
Wahai pemuda, itulah
golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,"
jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan
yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan
berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?"
tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah
tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang
berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah,
sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan
kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita
lakukan, hatta amalan sebesar zarah

No comments:
Post a Comment