JANGAN PANDANG RENDAH PADA PEREMPUAN
Sedang asyik melayari internet … terbaca satu status seorang
lelaki yang membuat saya terpanggil untuk menulis kembali blogger saya yang
telah begitu lama saya tinggalkan… status tersebut di tulis begini “hati-hati! ramai
wanita sekarang yang menjadi muslimah setelah rosak… jangan jadi lelaki bodoh
yang mudah terpedaya, lelaki macho minta take note”.
Terpana, itulah reaksi pertama yang ada dalam kotak fikiran…
pada mulanya rasa ada benar kata-kata lelaki tersebut, ia mungkin kerana beliau
adalah maksa atau pun ada orang terdekatnya terkena atau erti kata lain
tertipu! Tapi sayang.. Di sini ingin saya nyatakan, saya sendiri salah seorang
yang melihat orang yang benar-benar berubah setelah rosak… Kenapa? Mengapa ?
dan Bagaimana ia berlaku ?
Renungkan sejenak, adakah ada orang mahukan dirinya rosak,
dirosakkan atau dipergunakan..? Pastinya tidak bukan ? Jadi kenapa tidak kita
menjadi sahabat yang baik mendengar keluh kesah mereka bahkan menjadi salah
seorang yang membantu mereka menjadi lebih baik… alangkah beruntungnya kita
jika membantu, fikirkan pahala yang Allah akan kurniakan seta malaikat yang
turut mencatat kebaikkan kita untuk di akhir nafas kita kelak… Kembali kepada
soalan saya tadi , kenapa? Mengapa ? dan Bagaimana ia berlaku? Kenapa wanita
sekarang ramai yang rosak , wanita memilih jalan itu semata-mata demi lelaki ,
sanggup memakai pakaian mahal yang sendat, ketat dan padat semata-mata kerana
LELAKI! Sedangkan lelaki sebenarnya lebih suka wanita tanpa seutas tali benang
(telanjang)… maaf agar kasar bunyinya, tapi inilah realitinya.
Lelaki! Di sini saya nyatakan sekali lagi, saya melihat dan
bersama mereka yang berubah ini, satu yang membuatkan saya sangat kagum ,
mereka lebih tabah apabila di tinggalkan seorang lelaki, bukan putus cinta
sahaja yang membuat mereka kecewa tapi kecewa kerana maruah mereka turut
tercela sama… Hebatnya ! mereka bersungguh-sungguh benar hendak berubah,
menyesali serta lebih mendalami agama, bahkan mereka lebih sempurna dari kami
yang biasa-biasa.
HORMATILAH MEREKA, SAYANGILAH MEREKA DAN LINDUNGILAH MEREKA
! Kerana masih ramai wanita di luar sana yang masih berseronok dengan dunia
yang alpa.. Jika bukan anda wahai lelaki yang budiman, siapa lagi yang mahu
membantu mereka ke jalan yang terang… Bukankah lebih macho jika anda penyelamat
wanita yang sesat, dunia semakin ramai wanita berbanding lelaki.. Maka jadilah
lelaki yang dapat membawa kami ke syurga Allah. Kerana sesungguhnya , wanita
yang taat kepada suami dan menjalankan tanggungjawab agamanya maka akan terus
ke syurga. Sekian, wassalam…
No comments:
Post a Comment