^_^

big family

big family

Wednesday, 24 December 2014

JANGAN PANDANG RENDAH PADA PEREMPUAN

JANGAN PANDANG RENDAH PADA PEREMPUAN

Sedang asyik melayari internet … terbaca satu status seorang lelaki yang membuat saya terpanggil untuk menulis kembali blogger saya yang telah begitu lama saya tinggalkan… status tersebut di tulis begini “hati-hati! ramai wanita sekarang yang menjadi muslimah setelah rosak… jangan jadi lelaki bodoh yang mudah terpedaya, lelaki macho minta take note”.

Terpana, itulah reaksi pertama yang ada dalam kotak fikiran… pada mulanya rasa ada benar kata-kata lelaki tersebut, ia mungkin kerana beliau adalah maksa atau pun ada orang terdekatnya terkena atau erti kata lain tertipu! Tapi sayang.. Di sini ingin saya nyatakan, saya sendiri salah seorang yang melihat orang yang benar-benar berubah setelah rosak… Kenapa? Mengapa ? dan Bagaimana ia berlaku ?

Renungkan sejenak, adakah ada orang mahukan dirinya rosak, dirosakkan atau dipergunakan..? Pastinya tidak bukan ? Jadi kenapa tidak kita menjadi sahabat yang baik mendengar keluh kesah mereka bahkan menjadi salah seorang yang membantu mereka menjadi lebih baik… alangkah beruntungnya kita jika membantu, fikirkan pahala yang Allah akan kurniakan seta malaikat yang turut mencatat kebaikkan kita untuk di akhir nafas kita kelak… Kembali kepada soalan saya tadi , kenapa? Mengapa ? dan Bagaimana ia berlaku? Kenapa wanita sekarang ramai yang rosak , wanita memilih jalan itu semata-mata demi lelaki , sanggup memakai pakaian mahal yang sendat, ketat dan padat semata-mata kerana LELAKI! Sedangkan lelaki sebenarnya lebih suka wanita tanpa seutas tali benang (telanjang)… maaf agar kasar bunyinya, tapi inilah realitinya.

Lelaki! Di sini saya nyatakan sekali lagi, saya melihat dan bersama mereka yang berubah ini, satu yang membuatkan saya sangat kagum , mereka lebih tabah apabila di tinggalkan seorang lelaki, bukan putus cinta sahaja yang membuat mereka kecewa tapi kecewa kerana maruah mereka turut tercela sama… Hebatnya ! mereka bersungguh-sungguh benar hendak berubah, menyesali serta lebih mendalami agama, bahkan mereka lebih sempurna dari kami yang biasa-biasa.

HORMATILAH MEREKA, SAYANGILAH MEREKA DAN LINDUNGILAH MEREKA ! Kerana masih ramai wanita di luar sana yang masih berseronok dengan dunia yang alpa.. Jika bukan anda wahai lelaki yang budiman, siapa lagi yang mahu membantu mereka ke jalan yang terang… Bukankah lebih macho jika anda penyelamat wanita yang sesat, dunia semakin ramai wanita berbanding lelaki.. Maka jadilah lelaki yang dapat membawa kami ke syurga Allah. Kerana sesungguhnya , wanita yang taat kepada suami dan menjalankan tanggungjawab agamanya maka akan terus ke syurga. Sekian, wassalam…


Thursday, 26 December 2013

Teman seperjuangan ^_^

Teman !

Inilah perjuangan kita
Yang tidak ada tolak bandingnya
Menerima baik buruk bersama
Jatuh bangun berlima

Ingat lagikah teman
Disaat kita di beri ujian
Yang membuat kita berlawan
Seperti hilang kawalan 

Akhirnya, kita terdiam
Membisu dan terus terbungkam
Mohon doa dipermudahkan
Mendapat jalan penyelesaianan

Teman ! 

Masih ingatkah lagi..?
Kita saling memberi
Dan juga berkongsi
Semoga ukhwah terpatri di hati

Mohonku satu teman
Biar berpisah kerana Tuhan
Terus bersemadi dalam kenangan
Semoga berjaya dalam perjuangan

Dari kiri : Liza, Ira , Lin , Myra, Ayu 
LoveFriendsLoveMemoryAndLovePmm

Nurkilan : Siti Roslinda Bt Ramlan



Thursday, 22 August 2013

Taubat satu kejayaan ^_^


SESUNGGUHNYA berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha untuk membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Al-A'la :14-15)

----> teruskan bertaubat, sekali pun kita sering tersungkur ke lembah yang sama. Manusia tidak sempuna, teruslah mencari keredhaanNya !

Huraian:
Insaf dan taubat daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. bukanlah sesuatu yang merugikan.
Sebaliknya ia adalah satu kejayaan besar kepada individu tersebut kerana telah berjaya melawan nafsu ammarah dan nafsu lawwamah yang mengajak kepada keburukan.
Allah s.w.t. memuji mereka yang bertaubat setelah mengetahui balasan dan azab yang bakal menimpa, jika mereka mengingkari perintah Allah s.w.t.
Taubat yang paling disukai oleh Allah s.w.t. pula ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama.
Di antara amalan soleh yang dapat memelihara diri daripada kembali melakukan kejahatan ialah berzikir, bertahmid, membaca al-Quran, mendengar kuliah ilmu, solat yang ditunaikan dengan khusyuk dn lain-lain lagi.
Islam sememangnya tidak pernah menghalang umatnya daripada mencari kehidupan dunia. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dalam dunia.
Dengan sebab itu, setiap individu perlu pandai mengimbangi keperluan dunia tanpa mengabaikan keperluan ukhrawi agar tidak terbabas dari batas dan ajaran yang ditetapkan oleh Islam dan kembali kepada jalan Allah s.w.t.
Oleh kerana itu, Allah s.w.t. menyifatkan golongan yang mengambil peringatan-Nya lalu bertaubat dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. sebagai golongan yang berjaya.
Kesimpulan
Taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan memberi kejayaan kepada diri individu daripada segala perbuatan dosa yang telah lalu.
Rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sentiasa terbuka kepada manusia yang ingin kembali ke jalan kebenaran dan kejayaan.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Wednesday, 15 May 2013

"Di Luar Garisan" Jadi Teman Cuti Semester ^_*

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum  ? salam rindu buat teman-teman seperjuangan... Di harap semuanya di dalam keadaan sihat Alhamdulillah hendaknya.  Cuti semester! adalah cuti yang amat dinanti-nantikan oleh pelajar yang sudah penat mengerah otak selama beberapa bulan bagi mengulung sebuah sijil, diploma, ijazah dan juga lain-lain.
Tetapi pastinya, jika teman-teman semua baru sahaja menamatkan pratikal seperti saya akan merasakan cuti bukanlah sesuatu keseronokkan yang di damparkan. Rasanya bekerja di sebuah tempat latihan yang disenangani telah membuatkan kita terasa rindu untuk bersama lebih lama lagi bersama mereka-mereka yang menerima kehadiran kita. Namun saat ini, saya amat merindukan kawan-kawan seperjuangan yang berada diperantauan bersama keluarga-keluarga tersayang. 
Seinfiniti kisah saya pada cuti semester ini. Saya telah melayari sebuah laman web http://video.xin.msn.com mungkin jarang antara kita yang mendengar serta mengetahui kehadiran web ini. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan bahawa web ini telah menjadi teman saya dua tiga hari yang lalu. Malah kisah-kisah di dalam web ini, cukup membawa saya jauh dari membuang masa serta melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar sana. =) "Di Luar Garisan" tajuknya pasti membuat anda tertanya-tanya kisah apakah ini, dan apa yang menarik tentangnya bukan..?? Yaa.... Anda perlu tahu, bahawa cerita ini ada sebuah cerita pembunuhan kejam dan sebagainya. Erti kata lain, dia adalah kisah penyiasatan (CSI) sesebuah kes yang berlaku di Singapura dan ia pastinya adalah cerita yang berasal dari Singapura.  
Siapa sangka,warganegara Malaysia seperti saya ini dapat melihat cerita dari luar negara. Inilah namanya kemudahan internet dapat diperluaskan di serata dunia dan  pelajar pendidikan dalam bidang komputer seperti saya ini boleh tersangkut seperti cerita-cerita seperti ini. Tak perlu di sangkal, kerana setelah anda melihat cerita ini, tiada lagi yang mustahil bagi anda untuk mempersoalkannya... PERCAYALAH!! huhu
Di Luar Garisan adalah sebuah cerita berepisod yang mampu membuatkan anda tidak berganjak untuk terus dan terus menontonnya. Kini saya sehingga men"download" video ini bagi menemani saya kelak.

---> JADI APA TUNGGU LAGI, LAYANLAH CERITA DARI SINGAPURA INI.. Khasnya unutk peminat-peminta cerita yang mencabar dalam penyiasatan.
---> Selamat Menonton ! (",)

Thursday, 31 January 2013

Payudara disepit dengan penyepit daripada api neraka



Payudara disepit dengan penyepit daripada api neraka

Ini adalah kisah benar tentang SEOrang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah
Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada SEOrang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya SEOrang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka SEOrang demi SEOrang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

“Kenapa kakak menangis?”
“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik.
Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”

“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”

“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

“Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”

“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

“Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke.” tegur saya.

“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.”

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak SEOrang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau SEOrang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah…”

“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa…

“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…”

Sebab mengapa golongan wanita ramai menghuni NERAKA



Sebab mengapa golongan wanita ramai menghuni NERAKA

Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah SAW tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda:

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita."

Sekiranya anda SEOrang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.

Apakah sebab?
Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :

1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai kebaikan suami
Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah S saw melihat Surga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah SEOrang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)

2. Mendedahkan aurat
Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)

Jalan Penyelesaian
1. Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.

2. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis, ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep menutup aurat yang sebenar.

3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.
Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :
“Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)

3. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka Jahanam!” Maka berdirilah SEOrang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :
Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT



BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W,  kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.

Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1.  Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KARENA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN. DAN SESUNGGUHNYA YANG MENGAMALKANNYA ITU TIDAK AKAN PERNAH KEKURANGAN ILMU.